疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

panik的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
Bismillahirahmanirrahim... [save post ni] . Bengah nak kongsi pengalaman paling berharga dalam hidup ni.. semasa dalam Labour Room. Untuk pertama kali dalam hidup ni 😬 anak yang pertama kan... Masa contraction isteri dah mula berair mata menahan kesakitan. Bengah mulakan dari awal secara ringkas! . Pagi pukul 7pagi selepas subuh pergi check up dekat Hospital Pakar Al-Islam Specialist Hospital, Kampung Baru. Dengan Dr.Norlida.. ingatkan lepas check up boleh la sambung dating? Doktor tahan suruh masuk wad sebab dah ada bukaan dan tanda nak bersalin pada hari itu! . Bengah ikut kata isteri je masa tu. TAK TAHU LA NAK REAKSI MACAM MANA? 😅 buat itu buat ini macam blur lagi.. betul ke isteri nak bersalin harini??? Bengah balik sekejap tukar baju dan bawa barang yang isteri dah siapkan kemudian datang ke hospital semula. Masa tu bukaan dah 4cm.. isteri dah mula rasa kesakitan. Isteri solat jamak zohor dan asar sesiap. Lepas Bengah solat asar pukul 5 tu isteri dah sarat sakit sangat pukul 6 masuk labour room. . MASA ni la pengalaman hebat bermula.. isteri bertarung nyawa nak melahirkan zuriat. Nak kata menangis ketakutan tu.. tak jugak. Takut nyawa kesayangan kita je. Bukaan 6cm tu isteri dah meraung minta dipercepatkan pula! minta untuk dibedah! 😭 ALLAH ALLAH ALLAH! Bengah memang suspen time ni. Jangan lupa.. ALLAH ADA! Hebatnya Dr.Norlida dan petugas yang membantu masa tu mengawal keadaan yang panik! Syukur dan Alhamdulillah.. 3 kali teran! Isteri selamat melahirkan zuriat pertama lahir secara normal ni.. 😭🥰💕 . Kena sentiasa ada disisi isteri untuk beri semangat.. rasa nak menangis tengok dan lihat sendiri bertarung nak melahirkan zuriat 😭 tolonglah.. hargai, hormat dan sayangilah pada isteri dan mak. Allah Huakbar... hebat sungguh kekuasaanMu. Masa kat labour room tu dah janji ngan isteri nak bagi gelang. Ingatkan lepas bersalin dia jadi pelupa.. lagi kuat ingatan dia! 😂 begitulah kehidupan... . #MakhlokMachoJr #LegasiMakhlokMacho

Bismillahirahmanirrahim... [save post ni] . Bengah...